Tajuk
|
SISTEM RANGKAIAN DAN
DUNIA INTERNET
|
PROTOKOL
|
3.1 Definisi Tcp/Ip
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada
asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi
dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer.
Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui
Internet?
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil
yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien
melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel,
fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan
yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui
Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang
pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan
satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju
dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat
daripada paket kedua.
Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet
TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.
1.
Lapis
lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP),
mengendalikan penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini
ditransmisikan melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi)
yang diterjemahkan kembali paket ke data yang
asal.
2.
Lapis
yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap
paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu
mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang
berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut
berada.
3.2 Penerangan Kepada Alamat IP
Internet adalah sebuah
kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalam berkomunikasi,
komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapat dihantar
ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuah
komputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan
sebaliknya.
Definisi Alamat IP
Alamat IP merupakan
singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalah suatu
identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala
atau pencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan
Internet Protokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi:
1.
Sebagai alat identifikasi
hos atau antaramuka pada jaringan
Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut. Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.
Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut. Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.
2.
Sebagai alamat lokasi
jaringan
Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke komputer yang dituju.
Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke komputer yang dituju.
Alamat IP dibentuk daripada
32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet. Setiap octet
ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255
dan dipisahkan dengan titik.
Contoh alamat IP:
Kelas alamat IP:
Kelas A: 1.0.0.0 –
127.255.255.255
Octet 1
|
Octet 2
|
Octet 3
|
Octet 4
|
||||||||||||||||||||||||||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
0
|
|||||||||||||||||||||||||||||||
Net id
|
Nod id
|
Kelas B: 128.0.0.0 –
191.255.255.255
Octet 1
|
Octet 2
|
Octet 3
|
Octet 4
|
||||||||||||||||||||||||||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
0
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Net id
|
Nod id
|
Kelas C: 192.0.0.0
–223.255.255.255
Octet 1
|
Octet 2
|
Octet 3
|
Octet 4
|
||||||||||||||||||||||||||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
1
|
1
|
0
|
|||||||||||||||||||||||||||||
Net id
|
Nod id
|
Istilah-istilah kelas ini
jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing
(CIDR).
Nama Domain (Domain Name)
Nombor IP sukar untuk
diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalam bentuk teks
yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain juga
dipisahkan dengan titik.
3.3 Perbezaan Antara DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Dan Fixed
IP(IPStatik)
Definisi
IP Statik
IP statik ialah memasukkan
alamat IP secara manual bagi setiap peranti dalam rangkaian. Alamat perlu
diperuntukkan dengan berhati-hati supaya setiap peranti mempunyai alamat yang
tidak bertindih. Apabila anda menyambung peranti baru, anda perlu memilih "manual"
bagi pilihan konfigurasi dan masukkan alamat IP, subnet mask, default gateway dan DNS server (s).
Rajah 3.1: Protokol
Internet
Definisi DHCP
DHCP (Dynamic Host
Configuration Protocol) adalah protokol komunikasi yang membolehkan pentadbir
rangkaian secara berpusat mengurus dan automatik memberikan alamat IP yang unik
untuk setiap komputer dalam rangkaian organisasi. Tanpa DHCP, alamat IP perlu
dimasukkan secara manual pada setiap komputer dan alamat IP yang baru perlu
dimasukkan setiap kali komputer bergerak ke lokasi baru dalam rangkaian.
Fungsi
DHCP
Apabila DHCP diaktifkan,
peranti baru disambungkan kepada rangkaian meminta pelayan DHCP untuk alamat,
dan pelayan memberikan alamat yang lokasi yang tidak digunakan.
Pelayan DHCP menjejaki
alamat yang digunakan, alamat yang sedia ada, dan menyimpan rekod alamat yang
telah diberikan kepada pelbagai peranti. Ini memastikan bahawa alamat tidak
bercanggah antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranti yang di luar talian
(offline), jika bersambung kembali
berkemungkinan tidak akan mempunyai alamat IP yang sama.
DHCP
|
IP Statik
|
●
Protokol memberikan alamat IP secara automatik
|
●
Elemen tertentu dalam rangkaian yang mendapat alamat IP yang sama
sepanjang masa
|
●
Keutamaan memberikan alamat IP dinamik tetapi ia juga boleh digunakan
untuk memberikan alamat IP statik
|
●
Tidak boleh memberikan alamat IP dinamik
|
●
Digunakan dalam wireless access
points
|
●
Jika digunakan dalam wireless access
points akan banyak gangguan
|
●
Digunakan dalam kebanyakan rangkaian kerana ia mudah
|
●
IP statik masih diperlukan untuk kes-kes tertentu
|
Jadual 3.1: Perbezaan IP Statik dan DHCP